Thumbln: balik dengan selamat

Keluar lewat pada waktu malam? Bagaimana anda hendak balik ke rumah?

Setiap malam berjuta-juta anak-anak muda di seluruh dunia keluar pada waktu malam dan kemudiannya menghadapi masalah untuk balik kerumah dengan selamat.

Malangnya, jalan-jalan menjadi tidak selamat selepas senja, dengan peningkatan tahap jenayah, keganasan dan kejadian yang berkaitan dengan alkohol.

Ramai orang muda tidak berasa selamat untuk menunggu teksi atau pengangkutan awam yang lain seorang diri pada lewat malam. Walaupun pada malam-malam yang paling sibuk, malam Jumaat dan Sabtu khususnya, tidak ada teksi atau pengangkutan awam yang mencukupi untuk balik ke rumah, walaupun mereka mahu.

Ini membawa kepada kejadian yang tidak selamat, serta berbahaya bagi orang-orang muda:

  • Menunggu di perhentian teksi selama berjam-jam: Perasaan sabar, letih dan mabuk membawa kepada banyak keganasan di perhentian teksi pada lewat malam.
  • Tidak tahan dan mula berjalan balik ke rumah atau cuba untuk menahan teksi: Sekarang kita tidak dapat lagi bersabar. Letih dan mungkin mabuk bagi orang muda yang berjalan di jalanan, adalah merupakan satu senario yang jauh lebih berbahaya.
  • Menelefon ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan dengan harapan akan dijemput: Ini akhirnya menjadi satu-satunya pilihan terakhir. Malangnya, kerana tidak ada sesiapa yang tahu yang boleh menjemput, membawa kepada banyak SMS, panggilan telefon dan mel suara, yang mana tidak selamat bagi mereka untuk memandu.
  • Pergi dengan pemandu di bawah pengaruh: Senario yang terburuk mungkin adalah apabila seseorang memutuskan untuk memandu selepas mabuk, atau berasa seperti mereka harus pulang ke rumah bersama dengan rakan-rakan yang telah mabuk, kerana mereka merasakan mereka tidak mempunyai cara lain untuk balik ke rumah!

 

Kami ingin memperkenalkan kepada anda satu penyelesaian yang lebih selamat: thumbln!

Hanya dengan beberapa klik pada telefon anda, ianya secara automatik akan mencari dan menghantar permintaan untuk bantuan kepada rakan-rakan anda, menunjukkan kepada anda jawapan mereka dan sekiranya penumpangan diluluskan aplikasi akan menunjukkan kepada anda berdua ke mana hendak pergi.

Dan sekiranya tidak ada rakan-rakan di sekeliling untuk membantu, atau anda hanya berfikir untuk balik ke rumah, ianya juga akan secara automatik mencari dan menghantar permintaan kepada mana-mana perkhidmatan profesional di kawasan tersebut (tidak terhad kepada teksi - kerana ianya tidak mencukupi pada waktu-waktu sibuk!).

Thumblnadalah aplikasi iPhone percuma (Android akan datang) yang mengintegrasikan kuasa GPS dan perkhidmatan web untuk menghantar secara automatik permintaan kepada rakan-rakan dan/atau kenderaan berbayar di kawasan tersebut untuk memberikan perkhidmatan penumpangan.

Bagaimana thumblnboleh membantu anda?

Terdapat banyak sebab mengapa anda boleh berasa terkandas apabila keluar pada lewat malam tanpa alternatif untuk balik ke rumah dengan selamat.

Anda mungkin telah memandu ke sana, tetapi telah mabuk semasa meminum alkohol.

Mungkin seseorang itu akan memberikan anda penumpangan, tetapi mereka telah pergi meninggalkan anda, atau lebih teruk lagi, mereka juga telah mabuk.

Perancangan mungkin tidak menjadi kerana banyak sebab dan mencari jalan untuk balik ke rumah dengan selamat menjadi susah.

Mungkin anda berasa tidak selamat untuk menaiki teksi.

Atau mungkin terlalu lewat dan tiada teksi ditemui.

Atau mungkin anda hanya percayakan keluarga dan rakan-rakan anda untuk menjemput anda balik ke rumah dengan selamat.

Thumblnmemberikan anda pilihan! Ianya mencari rakan-rakan anda di kawasan tersebut dan tanpa membiarkan mereka tahu di mana anda berada (untuk keselamatan) anda boleh bertanyakan mereka sekiranya mereka boleh membantu anda mengenai penumpangan.

Thumblnakan memberitahu anda yang mana membantu anda membuat keputusan untuk menerima penumpangan dari (siapa yang anda rasakan selamat).

Hanya selepas anda menerima thumblnakan membiarkan rakan anda tahu lokasi sebenar anda supaya mereka boleh menjemput anda (termasuk anda supaya anda tahu bahawa mereka sedang dalam perjalanan!).

Thumblnmembantu anda dengan pelbagai cara

Anda perlukan penumpangan untuk bekerja

Tiada lagi nada dering, SMS dan meninggalkan mel suara kepada keluarga dan rakan-rakan.

Thumblnboleh menghantar permintaan kepada sesiapa yang anda biasa menumpang.

Apabila mereka membalas pertanyaan, thumbln akan memberitahu anda, memberitahu anda sejauh mana mereka berada, supaya anda boleh membuat keputusan siapa yang anda hendak menumpang.

Dan kemudian thumbln akan menunjukkan kepada anda dengan tepat di mana kedua-dua yang lain berada, bagi memastikan anda dapat diambil dengan mudah dan anda tahu berapa lama untuk menunggu.

Anda tidak boleh mengambil anak-anak anda

Sekiranya ia pernah berlaku kepada anda, anda pasti tahu bagaimana tekanannya apabila sesuatu berlaku dan anda tidak boleh mengambil anak-anak anda.

Elakkan gangguan nada dering untuk mencari orang lain bagi mengambil mereka.

Kemudian elakkan salah faham mengenai di mana atau bila.

Thumblnboleh menyimpan butir-butiran kesemua rakan-rakan dan keluarga yang anda biasanya gunakan dalam situasi ini.

Kemudian thumblnboleh menghantar permintaan untuk anda, membiarkan mereka tahu di mana anak-anak anda perlu diambil beserta lokasi dan masa.

thumbln secara automatiknya boleh memberitahu anda mana-mana jawapan supaya anda boleh memilih yang mana satu untuk diterima.

Pada peringkat tersebut thumblnakan membiarkan mereka tahu butiran lokasi yang tepat dan juga akan memberi isyarat kepada anda apabila rakan anda telah mula memandu ke sana dan sejauh mana mereka berada.

Tiada rakan-rakan yang berdekatan? Tiada masalah!

Sekiranya tidak ada langsung rakan-rakan yang berhampiran, anda boleh memilih untuk bertanya jika terdapat 'rakan kepada rakan anda’ di kawasan tersebut, bagi meluaskan peluang anda untuk balik ke rumah.

Tiada teksi berhampiran? Tiada masalah!

Sekiranya anda telah berusaha dengan pelbagai cara untuk balik ke rumah, dan tidak dapat mencari teksi, anda akan menyukai aplikasi ini - kami tidak menghadkan maklum balas, supaya anda juga akan mendapat tawaran dari kenderaan berbayar, bas-mini dan lain-lain perkhimatan kenderaan berlesen.

Mesra Alam

Dengan mengambil kesempatan daripada kenderaan yang telah berada di jalan raya, sama ada rakan-rakan atau pembekal perkhidmatan, thumbln membantu mengurangkan trafik dan dengan itu dapat mengurangkan kesan pencemaran ke atas alam sekitar.

Keselamatan sepanjang perjalanan

Kami mengambil serius mengenai keselamatan, itulah sebabnya tiada maklumat lokasi yang tepat diberikan sehinggalah kedua-dua pihak telah bersetuju.

Kami juga memastikan keselamatan daripada mana-mana pembekal kenderaan dengan hanya membenarkan kenderaan, syarikat-syarikat yang diinsuranskan dan pemandu yang berlesen untuk menggunakan sistem ini.

Dan jika ianya tidak mencukupi, kami juga mempunyai sistem penilaian dua hala dengan komen (pemandu dan penumpang) untuk memastikan kedua-dua pihak boleh menilai di antara satu sama lain sebelum memulakan penumpangan.

Akhir sekali, kesemua penumpangan termasuk lokasi disimpan, supaya sentiasa ada rekod perjalanan sekiranya diperlukan.

Thumbln on App Store